Tempat Menarik di Melaka Untuk di Lawati

Tempat Menarik di Melaka Untuk di Lawati
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEaToyMCXvcT6YQPXWn8l5AcQpp1jzn5blXvahjt6U1ueMJAJLDx7soi-fUl50T2veuLruwOk8d7sdRS95D22QEccSAFXm4nbTqKMfY9_JwsVCQq7uJ7pis5aqU_xmmSRhiH2CI-9hyphenhyphenis/s72-c/bandar+melaka.jpg
Tempat Menarik di Melaka untuk di Lawati - Sebagai panduan ingin syorkan tempat-tempat yang perlu anda lawati untuk melihat projek tempat menarik percutian kerajaan Barisan Nasional di Melaka.Berikut informasinya :

Tempat Menarik di Melaka

gambar dari tempat menarik di Melaka

A. PULAU MELAKA
Tempat menarik di Melaka ini terletak tidak jauh dari Bandar Hilir kira-kira 5 KM dari bandaraya Melaka. Sebuah pulau buatan yang menelan kos berbilion ringgit. Bangunan-bangunan kosong yang terbiar banyak terdapat di sini yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah. Jadi anda tidak perlu bimbang dengan masalah penginapan. Terdapat sebuah Masjid Selat di sini yang bernilai puluhan juta ringgit. Apa yang unik masjid ini dibina tanpa ada sebuah pun rumah penduduk di sekitarnya. sering menjadi tempat persinggahan burung dan pasangan sejoli terutama pada cuti hujung minggu.


mini asean

B. MINI MALAYSIA DAN MINI ASEAN
Terletak tidak jauh dari plaza tol Ayer Keroh.Sewaktu mula-mula dibuka sambutan yang diterima amat menggalakkan.Kawasan pelancongan ini sangat luas dan pelancongan di Mini Asean cocok tuk keluarga.


eye malaysia

C. EYE ON MELAKA ( BUKAN EYE ON MALAYSIA )
Tempat menarik ini terletak di tepi sungai Melaka di tapak stesen bas ekspres lama. Jika anda tidak mahu beratur panjang dan berebut-rebut dengan pengunjung lain di sinilah tempatnya. Pengunjung semakin kurang ke sini disebabkan lebih tertumpu untuk menaiki EYE ON MALAYSIA. Dijangka akan ditutup dalam tempoh terdekat. Jangan ketinggalan!



Pantai

D. PANTAI PENGKALAN BALAK
Tempat menarik ini terletak kira-kira 26 km dari Bandaraya Melaka. Terdapat banyak chalet dengan kadar sewa berpatutan di sini. Apa yang menarik pantai Pengkalan Balak merupakan tempat mengalirnya air dari ladang pembiakan babi di Paya Mengkuang yang dibiarkan membiak dengan subur oleh kerajaan Melaka. Jika anda ada penyakit kulit anda boleh cuba-cuba untuk mandi manda di pantai ini.



menara

E. MENARA TAMING SARI
Satu-satunya menara berputar yang terdapat di negara ini. Anda boleh menikmati pemandangan sekitara bandaraya Melaka dan Bandar Hilir. Apa yang menarik menurut pengurus jualannya menara ini akan ditutup dalam tempoh 1-2 hari setiap bulan untuk kerja-kerja 'penyelenggaraan'.Dijangka bakal menjadi projek gajah putih di Melaka kerana kewujudan EYE ON MALAYASIA yang berhampiran dengan menara ini.
sumber : angkasanuri.blogspot.com

Selamat melancong di tempat menarik di Melaka.

please :