Tempat Menarik di Johor untuk di Lawati

Tempat Menarik di Johor untuk di Lawati
https://4.bp.blogspot.com/-jpvPOmfrNuU/VEHOx4y0cjI/AAAAAAAAAnk/ZZu6SCenWdE/s72-c/tempat%2Bmenarik%2Bhello%2Bkity.jpg
Tempat menarik di Johor untuk di lawati - Johor merupakan bandar yang berdekatan dengan Singapura, sehingga menjadi pilihan tersendiri untuk melawat tempat menarik di Johor sekaligus melawat pelancongan di Singapura.Berikut ini beberapa tempat pelancongan yang boleh kita kunjungi selama di bandar Johor. 

tempat menarik johor hello kity
A. Sanrio Hello Kitty Town
Tempat pelancongan menarik ini sangat disukai oleh anak - anak khususnya wanita, kerana di tempat yang berciri khas kartun hello kity ini terdapat pelbagai macam permainan kartun dari Thomas, Barney and Friends maupun berbagai macam aksesori kartun terkenal lainnya.Tempat pelancongan ini terletak di Puteri Harbour dan untuk tiket masuk sekitar 75 Ringgit. 


tempat menarik legoland
B. Legoland 
Tempat pelancongan terkenal ini terletak kira-kira 30 minit dari Lapangan Terbang Senai.ketika akan menuju daerah Legoland kita akan menjumpai kedai yang menyajikan pelbagai macam souvenir di Mall of Medini.Di tempat pelancongan ini terdapat hotel, taman air dan sekitar 40 wahana permainan seperti menara pandang, kereta luncur , miniatur petronas dan bangunan sejarah di MalaysiaTiket masuk Legoland sekitar 120 ringgit 


tempat menarik JPO
C. Johor Premium Outlet 
Tempat pelancongan belanja ini berada di kawasan Nusajaya, banyak barang dengan jenama terkenal seperti Nike maupun Fossil dapat kita beli dengan harga murah di Johor Premium Outlet kerana banyak sekali outlet yang memberikan diskaun besar.Tidak jauh dari Johor Premium Outlet terdapat Bazar Mydin yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman mulai dari teh tarik hingga nasi lemak. 


tempat menarik pasar karat
D. Pasar Karat atau Night market Johor Bahru 
Pelancongan menarik yang satu ini terletak di belakang KSL City Mall. Pasaran ini menjadi tempat menarik untuk mencari berbagai macam pernak pernik yang unik mulai dari perkhidmatan lukisan sampai aksesori CD.Barang - barang di sini sangat murah. 


tempat menarik big club
E. The Little Big Club 
Wahana permainan ini sangat ramai di kunjungi para pelancong yang berkeluarga, kerana tempat pelancongan ini anak -anak dapat bergurau dengan para tokoh kartun yang terkenal.Lokasi pelancongan di ini Puteri Harbour Indoor Family Theme Park. 


tempat menarik Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman
F. Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman 
Pelancongan yang harus di lawati adalah Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliammanini, kuil ini sangat unik kerana sebahagian besar barang dikuil ini berlapis kaca sehingga kelihatan berkilau.Kuil ini merupakan salah satu kuil tertua di Malaysia dan terletak di jalan Tun Abdul Razak.

please :